24 February, 2012

Seindah Kata Secantik Bahasa

السلام عليكم ورحمة الله وبركات


Seindah Kata Secantik Bahasa

السلام عليكم ورحمة الله وبركات

Miskin Versus Kaya

السلام عليكم ورحمة الله وبركات
adakah anda nampak perbezaan kubur orang kaya & kubur orang miskin ?
Adakah anda nampak perbezaan kubur orang kaya & kubur orang miskin?

Tiada perbezaan... sama sahaja...
Jangan bangga pada status...
Jangan pandang hina orang miskin...
Kita semua sama disisi Allah S.W.T.

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)." (Surah Al-Hujurat 49: Ayat ke 13)

"KISAH PENGISLAMAN ABU QUHAFAH"

السلام عليكم ورحمة الله وبركات



Anas bin Malik r.a menceritakan tentang hari Abu Quhafah, iaitu bapa Saidina Abu Bakar al-Siddiq menganut Islam. Pengislaman beliau agak lewat. Abu Bakar r.a memang begitu mengharapkan bapanya itu menerima Islam.

Menariknya, pada hari Abu Quhafah menghulurkan tangannya kepada Nabi s.a.w untuk menganut Islam, Abu Bakar menangis. Nabi s.a.w bertanya: “Apakah yang membuatkan engkau menangis wahai Abu Bakar?”. Jawabnya: “Seandainya tangan bapa saudaramu (Abu Talib) berada di tempat bapaku sekarang, lalu dia (Abu Talib) menganut Islam sehingga engkau gembira lebih aku suka dari bapaku sendiri menganut Islam”.

Demikian halusnya perasaan Abu Bakar, kegembiraan bapanya menganut Islam itu tenggelam apabila mengenang Nabi s.a.w tidak memperolehi kegembiraan yang sama disebabkan bapa saudara kesayangan baginda (Abu Talib) tidak menganut Islam. Abu Bakar membayangkan alangkah baik jika Abu Talib yang berada di tempat bapanya ketika itu. Itulah cinta. Itulah berkorban apa sahaja. Tiada rasa gembira jika kekasih berduka. Tiada rasa gembira jika kekasih tidak kongsi bersama.

Kehidupan Abu Bakar, tindakan dan pergerakannya adalah manifestasi cinta yang sangat dalam dalam terhadap seorang Rasul. Dia telah memenuhi makna sabda Nabi s.a.w:

“Demi (Tuhan) yang diriku berada dalam tangannya, tidak beriman seseorang kamu sehingga aku lebih dikasihinya dari dirinya, bapanya dan anaknya.” (H.R. Bukhari)

9 Mimpi Nabi Muhammad SAW

السلام عليكم ورحمة الله وبركات

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:

"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

Lelaki Versus Wanita

السلام عليكم ورحمة الله وبركات


So cute rite?


Tetap Menjaga Aurat Walaupun Bersukan

السلام عليكم ورحمة الله وبركات 


Siapa cakap bersukan tak boleh menutup aurat? Lihat gambar kat atas ni. Cantik je kan dorang bertutup semuanya... Alhamdulillah... 

Risau panas ke kalau tutup semua time bersukan? 

Episod 3 :: Pengenalan tentang islam bahagian 2

السلام عليكم ورحمة الله وبركات


Episod 2 :: Fatihatul Kitab Bahagian 1

السلام عليكم ورحمة الله وبركات

Jom tonton episod 30 Minit Bersama Ustaz Don. Episod kali ini membincangkan tentang bacaan yang betul bagi Surah Al-Fatihah...



Episod 1 :: Pengenalan tentang islam bahagian 1

السلام عليكم ورحمة الله وبركات

Kat sini saya nak share video tentang apa yang Ustaz Don telah sampaikan dalam rancangan 30 Minint Bersama Ustaz Don. Rancangan ini adalah antara program terbaru daripada TV Al-Hijrah. Alhamdulillah kerana rancangan ini banyak memberikan manfaat kepada kita umat Islam khususnya dan juga yg bukan Islam amnya utk mengenal Islam dengan lebih dekat insyaAllah. 

Ustaz Don ni agak kelakar jugak orangnya. Tak percaya? Jom sama2 kita tonton dulu k ;)