12 January, 2012

Perihal Wanita Yang Lelaki Perlu Tau

السلام عليكم ورحمة الله وبركات

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut,jan! gan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan

bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan ! tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah…

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

11 January, 2012

23 tips Petua RumahTangga Bahagia

السلام عليكم ورحمة الله وبركات

1.Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama.

2.Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan.

3.Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri.

4.Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada di rumah bersama-samanya.

5.Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan.

6.Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga.

7.Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu.

8.Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak.

9.Sekiranya berlaku penceraian (bagi pasangan Islam untuk talak satu dan dua saja) jangan mudah menghalau isteri keluar dari rumah sebelum habis edah kerana mungkin suami isteri berminat untuk bersatu kembali (rujuk).

10.Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua kerana sekiranya rumah tangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat.

11.Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri.

12.Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia luar, seperti aktif dengan kegiatan persatuan, berpolitik atau terbabit dengan jualan langsung.

13.Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga.

14.Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah.

15.Menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut.

16.Pasangan tua, terutama isteri jangan terlalu rapat dengan cucu, tidur dengan cucu dan tinggalkan suami tidur sendirian.

17.Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri.

18.Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak. Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur dalam rumah tangga.

19.Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia.

20.Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapa tetapi beri mereka pilihan yang sesuai tetapi sentiasa awasi mereka.

21.Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya. Sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat percutian.

22.Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang berjemaah bersama-sama ahli keluarga merapatkan hubungan dan kemesraan.

23.Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal atau diragui kehalalannya kerana bermula dari makanan membentuk air mani dan melahirkan generasi seterusnya.

10 January, 2012

Kisah Nabi Muhammad S.A.W Part 2

Di Madinah Rasulullah mendapatkan pengikut yang makin lama makin ramai jumlahnya. Di antaranya pemudapemuda yang ahli bertempur atau ahliahli perang, iaitu kaum Ansar. Kerana mendapatkan pengikut, maka musuhmusuh golongan Quraisy menjadi semakin marah. Mereka menyusun suatu kekuatan pasukan yang akan menyerang Muhammad s.a.w. dan para pengikut beliau ke kota Madinah. Barulah di saat itu Allah memerintahkan Rasulullah dan pengikut-pengikut beliau kaum Muslimin supaya bersiap-siap untuk melawan atau bertempur, bila diserang oleh musuh-musuh mereka. Sekalipun dengan jumlah yang amat kecil dan musuh dengan jumlah yang amat besar, mereka akan menentang musuh-musuh yang datang menyerang. Terjadilah perang pertama iaitu perang Badar yang amat masyhur itu. Rasulullah dan kaum Muslimin menang, kemenangan yang pertama.

Dalam keadaan bahaya yang amat berat itu, tiba-tiba di Madinah berdiri pula satu golongan manusia yang terdiri dan orang-orang Yahudi, yang juga menyusun kekuatan untuk menghancurkan Rasulullah dan kaum Muslimin. Mula-mula Rasulullah mengajak mereka bekerjasama, tidak serang-menyerang, bebas dengan agama dan penghidupan masingmasing. Bahkan sampai diadakan perjanjian perdamaian dan persahabatan. Tetapi orang orang Yahudi hanya menghormati akan janji itu kalau mereka lemah dan musuh kuat.

Setelah Rasulullah berulangkali diserang oleh kaum Musyrikin Makkah, sedang Rasulullah dan pengikutnya amat sedikit jumlahnya, maka orang-orang Yahudi berpendapat, tentu akhirnya Rasulullah dan pengikut-pengikutnya itu akan kalah dan hancur. Maka mereka berusahalah turut menghancurkan dan menyerang kaum Muslimin yang sedikit itu. Keadaan Rasulullah dan kaum Muslimin di Madinah akhirnya menghadapi bahaya amat besar. Dengan tegas Allah memerintahkan Rasulullah dan kaum Muslimin untuk melawan, sekalipun sepuluh menghadapi seratus musuh, atau seratus menghadapi seribu musuh, harus melawan. Bahkan ditegaskan oleh Allah bahawa Allah akan menolong dan akan mengirimkan bantuan-bantuan dari langit.

Begitulah pertempuran demi pertempuran, perang demi perang terjadi antara Rasulullah beserta pengikut-pengikut beliau dengan musuhmusuh mereka yang terdiri dari berbagai-bagai golongan Musyrikin Quraisy, golongan Yahudi dan golongan Munafikin. Dalam pada itu penyebaran Agama Islam diteruskan dengan giatnya. Setiap orang Islam lelaki atau perempuan, anak-anak sekalipun diwajibkan menyebarkan ajaran yang dibawa Rasulullab ini di mana saja mereka berada, di pasar, di medan perang dan lain-lain.

Akhirnya Semenanjung Arab yang luas itu seluruhnya dapat dikuasai oleh Rasulullah, sehingga penyebaran agama semakin meluas, dan sebelum Rasulullah meninggal dunia dalam umur enam puluh tiga tahun, hampir seluruh bangsa Arab sudah memeluk Agama Islam, selain beberapa orang dan golongan saja yang tetap beragama Yahudi atau Nasrani. Lebih-lebih lagi sesudah kota Makkah dapat direbut kembali pada tahun 6 H., musuh-musuh besar Rasulullah berubah menjadi sahabatsahabat kental dan pejuang-pejuang Islam yang terkenal sampai hari ini.

Setelah bangsa Arab yang bodoh, jahat dan kejam itu masuk Agama Islam, berubahlah segala keadaan mereka. Berubah kepercayaan, berubah akhlak dan budipekerti mereka, menjadi satu bangsa sekalipun kecil tetapi bersatu, sehingga mereka dapat mengalahkan bangsa-bangsa besar sekalipun.

Agama Islam tersebar ke timur dan ke barat, adalah sebagai akibat dan ketinggian akhlak dan budipekerti dan tenteratentera Islam yang menduduki berbagaibagai daerah. Rahsia dan kemenangan demi kemenangan yang mereka capai itu adalah terletak pada akhlak mereka, dan juga terletak pada kerusakan akhlak dan tentera yang menjadi musuh mereka. Rakyat banyak, laki-laki perempuan menjadi lebih senang dan terjamin keamanan mereka di bawah tentera Islam daripada di bawah pemerintahan atau tentera Rumawi atau Persia, yang memang tentera-tentera yang amat kejam tidak punya perikemanusiaan.

Bangsa-bangsa yang sudah masuk Agama Islam itu mempelajari Kitab Suci al-Quran, membaca dan menghafalkannya, sehingga dalam masa hanya satu abad saja, semua bangsabangsa itu menjadi bangsa-bangsa yang berbahasa Arab, bahasa al-Quran. Sungguh al-Quran ini selain Kitab Suci yang menjadi sumber kepercayaan dan hukum ummat Islam, juga merupakan mukjizat terbesar sampai hari ini dan sampai hari kiamat nanti. Ada kemungkinan al-Quran ini akan dipelajari dan dibaca oleh manusia di seluruh dunia, kerana indahnya, hebat isinya dan satu Kitab Suci yang tidak ada keraguan padanya. Bangsa-bangsa Barat yang sejak abad pertengahan berhasil menjajah bangsabangsa Timur yang beragama Islam, mencuba menghancurkan Agama Islam dengan politik kolonialisme dan kristenisasi dalam masa berabad-abad lamanya, tidak berhasil inengkristiankan ummat Islam.

Sangat nyata keunggulan Agama Islam ini Akhirnya sesudah perang dunia kedua, ummat Islam terjajah berhasil mencapai kemerdekaan. Bangsa-bangsa Barat mulai sedar, mulai tertarik kepada Islam, mereka pelajari, lalu banyak diantara mereka masuk menjadi pemeluk Agama Islam

Bersambung...

ikuti kisah seterusnya mengenai Nabi Muhammad S.A.W di sini

09 January, 2012

Kisah Nabi Muhammad S.A.W Part 1

السلام عليكم ورحمة الله وبركات




NABI MUHAMMAD S.A.W.


MAULUDIL RASUL 


FIRMAN Allah terhadap Muhammad s.a.w.: "Bukankah Allah dapati engkau yatim, lalu Ia pelihara Bukankah Ia dapati engkau bingung, lalu Ia tunjuki? Dan bukankah Ia dapati engkau miskin, lalu Ia beri kecukupan?" Bapanya, Abdullah bin Abdul Muttalib, sudah meninggal dunia dua bulan sebelum ia dilahirkan. Tetapi apa yang telah dikurniakan Allah kepadanya di dalam keadaan yatim itu, adalah lebih dari ketiadaan yang disebabkan pemergian bapanya itu. Iaitu pemeliharaan ibunya, lalu neneknya dan akhirnya pamannya. Dengan pertumbuhan tubuh dan jiwa sangat wajar, ia menjadi seorang anak yang sangat indah.


Mula-mula menjadi pengembala kambing, meningkat menjadi pedagang, menjadi terkenal di tengah orang banyak kerana tingkahlakunya yang indah menarik setiap insan yang mengenalinya, akhirnya kahwin mendapatkan seorang jodoh yang amat ideal, lalu berpengaruh dan berwibawa, menjadi penyantun anak yatim dan orang-orang miskin.

Keyatimannya telah diganti Allah dengan ilmu, pengalaman dan budipekerti. Allah telah mendidiknya dengan pendidikan yang amat baik, mempersiapkan dirinya menjadi pembawa tugas kenabian, kerasulan dan pengembang syariat, sebagai penutup dan semua Nabi dan Rasul. Bahkan ia dijadikan Allah menjadi makhluk terbaik di tengah-tengah makhluk Allah yang banyak.

Kemelaratan yang dideritanya semenjak kecil telah diganti Allah dengan kecukupan, Allah memberkatinya dalam perdagangannya, dalam kehidupannya di tengah ummat manusia dengan nama yang baik, kepercayaan manusia atas dirinya dan akhirnya dengan kesempurnaan agama yang diajarkannya.

Setelah dia mencapai usia enam tahun, dia dibawa ibunya dalam perjalanan jauh dan Makkah ke Madinah untuk mengunjungi keluarganya Bani Najjar, iaitu emak saudara dari sebelah bapanya, dengan maksud mengunjungi rumah tempat bapanya meninggal dunia sebelum ia lahir, juga menziarahi kubur bapanya itu. Muhammad dan ibunya menetap beberapa hari lamanya di tengah tengah keluarga bapanya itu dengan mendapat penghargaan yang sangat baik dari segenap tetangga. Ketika dalam perjalanan kembali ke Makkah, ibunya sakit, lalu meninggal dunia dan di kuburkan di suatu tempat yang bernama Abwa. Setelah ibunya dikuburkan, semua orang sudah kembali ke rumah masing-masing, tinggallah Muhammad bersama pengasuhnya di dekat kubur itu, terdiam tidak keluar kata, di bawah terik panas matahari padang pasir. Sedang di saat itu ia masih anak kecil berumur enam tahun. Airmatanya mengalir membasahi kubur ibunya, meratapi yang juga sudah bertindak sebagai ganti bapanya. Dengan kematian ibunya ini, tinggallah dia tanpa bapa dan ibu, yatim piatu. Setelah lama berdiam, dia menoleh keliling, kiranya tidak seorang juga lagi manusia yang berada di tempat itu, selain Ummu Aiman pembantunya. Ummu Aiman lalu menyapu airmata yang mengalir di pipi Muhammad, sambil berkata menghiburkan dan menenangkan kalbunya, membangkitkan keberanian hatinya menghadapi kesedihan dan kehidupan.

Muhammad berkata kepada Ummu Aiman: "Hai, Ummu Aiman, saya sudah kehilangan ibu dan bapa, kehilangan dua naungan yang menaungi kepalaku, sedangkan saya masih dalam perjalanan antara dua negeri, maka ke manakah seharusnya saya menuju sekarang ini, hai Ummu Aiman? Apakah meneruskan perjalanan ke Makkah atau kembali ke Madinah?"

Mendengar pertanyaan ini, meletuslah tangis Ummu Aiman yang selama itu ditahannya. Airmatanya menghujan jatuh membasahi tanah yang tandus itu. Peluh dinginnya mengalir di sekujur badannya, suaranya menjadi serak (parau) ketika dia mencuba menjawab pertanyaan Muhammad dengan pertanyaan pula:

"Ya, ke manakah engkau ingin tuju, hai Muhammad? Apakah kepada bapamu Abdul Muttalib, penghulu (ikutan) bangsa Quraisy, agar engkau bertempat tinggal bersama dia di bawah naungannya?"

Muhammad segera bertanya: "Mengapa engkau katakan bapaku Abdul Muttalib?
Bapaku? Jangan dikatakan bapaku, tetapi katakanlah nenekku, sebab bapaku sudah meninggal dan hari ini sudah meninggal pula pengganti bapaku, iaitu ibuku. Ya, Abdul Muttalib adalah nenekku, bapa dan bapaku. Antara saya dan nenekku ada antara, di antara itulah ada paman-pamanku, anak-anak dan paman-pamanku itu, dan saya adalah salah seorang dan mereka yang banyak itu.

Dengan perkataan itu Muhammad membayangkan akan kedudukannya di bawah neneknya, kerana dia adalah satu di antara yang banyak. Jadi tentu lain dengan di bawah ibu atau bapanya sendiri.

Begitulah Muhammad dengan pembantunya, Ummu Aiman, meneruskan perjalanan ke Makkah, lalu Muhammad diserahkan oleh Ummu Aiman kepada datuknya Abdul Muttalib.

Abdul Muttalib sangat sedih hatinya ketika menerima cucunya yang amat dicintainya itu. Kecintaan Abdul Muttalib terhadap Muhammad dan kecintaan Muhammad terhadap Abdul Muttalib sama setara.

Demikianlah secara pendek bayangan kehidupan kedua makhluk itu. Tetapi dua tahun kemudian, datuknya yang tercinta ini pun meninggal dunia pula. Tidak kurang kesedihan Muhammad dengan kematian datuknya ini dengan kematian ibunya, malah menurut Muhammad sendiri, adalah lebih sedih. Ketika orang ramai sudah pulang ke rumahnya masing masing setelah selesai menguburkan datuknya, Muhammad tetap berada di dekat kubur itu menangis dan meratap dengan airmata yang tak putus-putusnya menitis ke bumi yang kering.

Berkata ia: "Engkaulah bapaku sesudah bapaku, engkaulah yang telah dapat meringankan penderitaan hidupku, yang selalu mengusapkan tangan membelai kepalaku untuk mengurangkan kesedihan hati dan penderitaanku sepeninggalan ibuku. Apakah sepeninggalanmu, hai datuk, aku akan kembali menderita?"
Muhammad lalu memalingkan mukanya kepada Ummu Aiman yang berada di belakangnya, lalu berkata: "Sekarang ke mana aku harus pergi, ya Ummu Aiman?"

Mendengar kata-kata sedih berkabung dan pertanyaan Muhammad itu, Ummu Aiman tidak dapat menahan airmata sedihnya. Ia menangis sambil meletakkan tangannya di bahu Muhammad, lalu berkata: "Engkau bertanya ke mana, bukankah masih ada bapamu, iaitu Abu Talib, ya Muhammad." Muhammad terdiam sejenak, Ialu berkata: "Bapaku Abu Talib, hai Ummu Aiman? Bukankah bapaku sudah meninggal, begitu juga bapa dan bapaku? Bukankah Abu Talib itu bapa saudaraku, saudara bapaku? Katakanlah ia adalah bapa saudaraku, hai Ummu Aiman. Beliau adalah seorang mulia, terkemuka, mempunyai kehebatan dan kemuliaan, terpandang dalam masyarakatnya. Tetapi bukankah beliau seorang melarat, yang banyak anak, hai Ummu Aiman? Kalau aku engkau serahkan kepada beliau, tentu saja beban beliau akan bertambah berat. Aku tak suka menambah beratnya beban seseorang."

Abu Talib ini adalah seorang yang sangat cinta terhadap Muhammad, tidak kurang dari kecintaan datuknya dan ibunya. Ummu Aiman menyerahkan Muhammad kepada bapa saudaranya, Abu Talib. Kerana keadaan kehidupan Abu Talib yang melarat itu, maka Muhammad terpaksa berusaha bagaimana dapat meringankan beban pamannya itu. Sekalipun masih kanak-kanak, ia berusaha mendapatkan penghasilan sekalipun bagaimana juga kecilnya. Ia menerima upah menggembalakan kambing orang. Kemudian berdagangdagang kecil.

Pada suatu kali, Muhammad turut berdagang bersama pamannya, Abu Talib, ke Syam. Muhammad mulai mengenal pasarpasar, berjalan bahu-membahu dengan pedagang-pedagang lainnya. Di suatu dataran tinggi di Syam, tinggallah seorang pendita bernama Buhaira. Ia memerhatikan setiap orang yang lalu dan pergi ke daerahnya itu. Ia seorang yang amat tekun beribadat menyembah Tuhan, membaca kitabkitab lama. Di antaranya ia membaca Injil Barnaba, dimana tertulis bahawa Isa al-Masih pernah berkata, bahawa akan datang seorang Rasul sesudahku namanya Ahmad, dan bila Rasul Ahmad ini berjalan akan dilindungi oleh awan.

Pada suatu hari Pendita Buhaira melihat serombongan kafilah Arab datang menuju Syam yang selalu diikuti oleh awan di atasnya. Kafilah ini didatanginya, dipersilakannya mampir di rumah kediamannya. Kafilah ini adalah kafilah yang dipimpin oleh Abu Talib, dimana Muhammad turut serta di dalamnya. Pendita Buhaira memperhatikan gerakgerik anak yang bernama Muhammad itu, akhirnya ia yakin bahawa anak itulah yang akan diutus Allah menjadi Nabi dan Rasul sesudah Isa al-Masih a.s. memberi nasihat kepada Abu Talib agar anak ini dijaga baik baik, jangan terlengah dari penjagaan, sebab ia kelak akan menjadi seorang maha penting.

Dengan nasihat dan keyakinan Pendita Buhaira ini, Abu Talib semakin cinta terhadap anak saudaranya yang bernama Muhammad ini. Bukan saja cinta, melainkan ditambah dengan perasaan harap dan hormat. Begitulah Muhammad hidup di tengahtengah kaumnya semakin menjadi dewasa, dengan sifat dan akhlak yang indah, sehingga menjadi satu teladan dan buahbibir setiap orang. Tersiarlah bahawa ia seorang pemuda yang boleh dipercayai, yang hidup dari perdagangannya penuh dengan berkat, sehingga banyak pedagang-pedagang besar yang ingin menjadikan Muhammad sebagai pelaksana atau pembantunya. Yang pertama melamar Muhammad untuk jabatan ini ialah seorang pedagang wanita yang kayaraya bernama Khadijah binti Khuailid, seorang janda muda yang ayu pula. Muhammad diberinya seorang pembantunya. Dalam perdagangan ini Muhammad mendapatkan keuntungan dan simpati yang luarbiasa ke mana saja dia pergi berdagang. Khadijah yang pada mulanya hanya sekadar percaya terhadap Muhammad, lama-lama berubah menjadi hormat dan kagum, akhirnya jatuh cinta kepadanya, sekalipun umurnya lebih tua dari Muhammad.

Akhirnya terjadilah perkahwinan antara keduanya, satu perkahwinan yang amat indah dan ideal sekali, penuh dengan rasa saling mencintai, hormatmenghormati dan percaya-mempercayai. Khadijahlah isteri yang paling dicintai Rasulullah. Rasulullah tidak pernah kahwin lain semasa Khadijah hidup. Dialah orang yang pertama masuk Islam, ibu untuk semua anak anak Rasulullah selain Ibrahim, ialah wanita pertama yang masuk Syurga, yang membela Rasulullah dengan jiwa, harta dan cintakasihnya di saat Rasulullah mendapat tentangan dari kaumnya.

Ketika Khadijah meninggal, Rasulullah sedih sesedih-sedihnya sehingga tahun kematian Khadijah ini dinamai Rasulullah tahun sedih. Umur empatpuluh tahun Muhammad diangkat Allah menjadi Nabi dan RasulNya, lalu menyebarkan segala wahyu yang diturunkan Allah kepadanya dengan perantaraan Malaikat Jibril a.s. Tiga tahun lamanya ajaran atau wahyu yang diterimanya ini disiarkan dengan diam-diam dan sembunyi-sembunyi sehingga yang beriman hanyalah orangorang yang dekat kepada Rasulullah saja iaitu Khadijah, Abu Bakar, Ali bin AbuTalib, Zaid bin Haritsah (budak yang dijadikan anak angkat kesayangan Rasulullah), iaitu bapa Usamah. Keempat manusia pertama yang masuk Islam ini menjadi lambang Agama Islam sampai hari kiamat.

Khadijah adalahseorang wanita, iaitu wanita yang pertama masuk Islam. Abu Bakar adalah seorang tua yang dalam akal dan pemikirannya lambang seorang cendekiawan atau intelek. Ali bin Abu Talib adalah seorang anak atau pemuda, sedang Zaid bin Haritsah adalah seorang budak. Jadi Agama Islam itu dapat diterima oleh wanita, cerdikpandai, anak muda dan golongan budak.


Setelah tiga tahun berdakwah secara sembunyi-sembunyi (diam-diam), dan mendapat beberapa orang pengikut yang masih sedikit jumlahnya, lalu Allah memerintahkan agar berdakwah secara terbuka atau terang-terangan. Maka di saat itu timbullah tentangan-tentangan. Rasulullah memerintahkan manusia untuk menyembah Allah saja, harus meninggalkan tuhan-tuhan mereka yang berupakan berhala-berhala dan lain-lain sembahan. Rasulullah memerintahkan mereka agar meninggalkan segala kejahatan dan mengerjakan kebaikan.

Rasulullah mereka tentang, mereka musuhi, mula-mula dengan kata-kata, kemudian dengan maki-makian, penghinaan, ancaman-ancaman, dan pembunuhan-pembunuhan. Dua belas tahun lamanya Rasulullah dan pengikutpengikut beliau yang masih sedikit jumlahnya itu bekerja, berdakwah dan menyeru mereka di tengah-tengah segala penghinaan, dan penganiayaan itu.

Kerana jumlah mereka masih amat sedikit, mereka tidak mempunyai kekuatan, sedangkan musuh-musuh mereka amat banyak dan kuat, maka Allah perintahkan kepada RasulNya dan para pengikutnya agar bersabar dan tabah menahankan ancaman dan penganiayaan ini. Bagaimana kesabaran dan ketabahan Rasulullah dan para sahabat beliau, sudah sama kita ketahui dengan membaca sejarah beliau dan para sahabat yang lengkap.

Akhirnya Rasulullah dan pengikutpengikut beliau diizinkan Allah berhijrah meninggalkan kampung halaman mereka. Sebagaimana mereka diperintahkan Rasulullah pindah ka Habasyah (Ethiopia) dan sebahagian lainnya ke Madinah. Rasulullah bersama Abu Bakar as-Siddiq pun diperintahkan Allah meninggalkan kota Makkah, kerana sudah berdiri gerombolan pemudapemuda Quraisy yang akan membunuh beliau di mana saja beliau diketemukan.

Bersambung....

05 January, 2012

Tidak Masuk Syurga Jika Ada Sombong, Walau Sebesar Biji Sawi

السلام عليكم ورحمة الله وبركات

Oleh : ustadz Ahmad Sarwat, Lc

Seorang Al-Albani ketika membaca Quran dan Sunnah, lalu dia pun berjtihad dengan pendapatnya. Apa yang dia katakan tentang Quran dan Sunnah, pada hakikatnya adalah hasil ijtihad dan ra’yu dia sendiri. Sumbernya memang Quran dan Sunnah, tapi apa yang dia sampaikan semata-mata lahir dari kepalanya sendiri.

Sayangnya, para pendukung Al-Albani diyakinkan bahwa yang keluar dari mulut Al-Albani itulah isi dan makna Quran yang sebenarnya. Lalu ditambahkan bahwa pendapat yang keluar dari mulut para ulama lain termasuk pada imam mazhab dianggap hanya meracau dan mengada-ada. Naudzu billahi min dzalik.

Disinilah letak ketidak-adilan para pendukung Al-Albani. Seolah-olah mereka mendudukkan Al-Albani sebagai orang yang paling mengerti dan paling tahu isi Quran dan Sunnah. Apa pun yang dikatakan Al-Albani tentang pengertian Quran dan Sunnah, dianggap kebenaran mutlak. Sedangkan kalau ada ulama lain berbicara dengan merujuk kepada Quran dan Sunnah juga, dianggap sekedar ijtihad dan penafsiran. 

Padahal kapasitas Al-Albani yang sebenarnya bukan ahli tafsir, juga bukan ahli fiqih. Bahkan sebagai ahli hadits sekalipun, banyak para ulama hadits di masa sekarang ini yang masih mempertanyakan kapasitasnya. Sebab secara tradisi, seorang ahli hadits itu idealnya punya guru tempat dia mendapatkan riwayat hadits. Al-Albani memang tidak pernah belajar hadits secara tradisi lewat perawi dan sanad, sebagaimana umumya para ulama hadits. Al-Albani hanya sekedar duduk di perpustakaan membolak-balik kitab, kemudian tiba-tiba mengeluarkan statemen-statemen yang bikin orang bingung.

Al-Albani adalah tokoh hadits yang cukup kontroversial. Setidaknya menurut sebagian kalangan. Baik di kalangan ulama hadits sendiri, apalagi . di kalangan ulama fiqih. Tetapi yang menarik, Al-Albani memang sangat produktif dalam menerbitkan buku. Dan dahsyatnya, buku-buku karyanya memang cukup menghebohkan dunia ilmu syariah.

Selama ini para ulama dan ahli ilmu kebanyakan hanya diam saja dan tidak terlalu menanggapi ulah Al-Albani. Dan hanya sedikit ulama yang secara serius menanggapi dan meladeninya. Salah satunya yang pernah langsung menghadapinya adalah Dr. Said Ramadhan Al-Buthy.

Menurut Al-Albani, semua orang haram hukumnya merujuk kepada ilmu fiqih dan pendapat para ulama. Setiap orang wajib langsung merujuk kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Dan untuk memahaminya, tidak dibutuhkan ilmu dan metodologi apa pun. Keberadaan mazhab-mazhab itu dianggap oleh Al-Albani sebagai bid’ah yang harus dihancurkan, karena semata-mata buatan manusia.

Tentu saja pendapat seperti ini adalah pendapat yang keliru besar. Ilmu fiqih dan mazhab pada ulama yang ada itu bukan didirikan untuk menyelewengkan umat Islam dari Al-Quran dan As-Sunnah. Justru ilmu fiqih itu sangat diperlukan sebagai metodologi yang istimewa dalam memahami Quran dan Sunnah.

Menurut Dr. Said Ramadhan Al-Buthy, kedudukan ilmu fiqih kira-kira sama dengan kedudukan ilmu hadits. Keduanya tidak pernah diajarkan secara baku oleh Rasulullah SAW. Ilmu hadits atau juga dikenal dengan ilmu naqd (kritik) hadits, juga merupakan produk manusia, hasil ijtihad, bukan ilmu yang turun dari langit.

Tapi dengan ilmu hadits, kita jadi tahu mana hadits yang shahih, mana hadits yang dhaif dan mana hadits yang maudhu’. Padahal yang menyusun ilmu hadits itu bukan Rasulullah SAW, juga bukan para shahabat, tetapi para ulama dengan ijtihad mereka.

Ketika menetapkan syarat-syarat hadits shahih agar bisa dimasukkan ke dalam kitab As-Shahih, sesungguhnya Al-Bukhari juga sedang berijtihad. Dan kita umat muslim sedunia mengikuti ijtihad beliau dan menggunakan syarat-syarat yang beliau tetapkan.

Maka ketika Al-Imam Asy-Syafi’i yang lahir jauh sebelum zaman Bukhari meletakkan syarat dan aturan dalam mengistimbath hukum dari Quran dan Sunnah, lalu mendirikan ilmu Ushul fiqih, sebenarnya beliau telah berjasa besar kepada umat Islam. Sama dengan Al-Bukhari yang juga berjasa agar umat Islam tidak salah dalam memilih hadits.

Demikian juga ketika Abu Hanifah menetapkan dasar-dasar istimbath hukumnya, agar setiap orang tidak asal main qiyas begitu saja, sebenarnya ilmu yang beliau tetapkan itu sangat bermanfaat buat umat Islam. Sama dengan Al-Bukhari yang juga berijtihad agar umat Islam tidak jatuh ke dalam hadits palsu atau lemah.

Kalau kita tidak sanggup berijtihad sendiri, mana yang lebih baik kita ikuti imam yang bergaul dengan Salafush Sholeh atau imam yang mengaku mengikuti Salafush Sholeh ?

Prinsipnya tidak ada satupun ulama yang melarang menjadi imam mujtahid atau mengangkat seseorang menjadi imam mujtahid namun hasil ijtihad pergunakanlah untuk diri sendiri dan kaum. Jangan paksakan untuk diikuti oleh umat muslim yang lain atau mensesatkan ulama-ulama dengan ijtihad yang lain.

Marilah kita upayakan bersama-sama penjernihan (tashfiyah), pembersihan (tanqiyah), saling mengingatkan, mengoreksi, dan dengar pendapat (murooja’ah), berusaha saling memahami (mufaahamah), dan mengadakan dialog (muhaawaroh) dengan memegang satu prinsip bahwa kebenaran yang haq adalah satu namun upaya pemahaman itu bisa beragam tergantung karunia Allah akan pemahaman agama yang dikaruniakan kepada setiap hamba Allah. Allah lah yang membimbing kita. Allah yang tahu makna segala firmanNya.

Hal yang sangat kami hindarkan adalah merasa lebih baik atau merasa lebih suci dibandingkan saudara-saudara muslim lainnya.

Tiada masuk surga orang yang dalam hatinya terdapat sebesar biji sawi dari kesombongan. kesombongan adalah menolak kebenaran dan meremehkan manusia” (HR. Muslim)

Bayangkan karena meremehkan saudara muslim kita yang lain maka pupuslah segala amal ibadah yang kita lakukan , pupuslah upaya penegakkan tauhid yang kita lakukan karena tidak akan masuk surga!

Kita tidak pernah tahu kadar ketaqwaan seorang muslim. Allah sajalah yang tahu. Namun kita bisa lihat mereka dari akhlak mereka, karena tujuan akhir agama adalah akhlak!

Rasulullah mengatakan “Sesungguhnya aku diutus (Allah) untuk menyempurnakan Akhlak.” (HR Ahmad).

Kami berupaya memahami apa sebenarnya dibalik perintah dan larangan Allah ta’ala. Semua itu kami dapatkan dalam tasawuf atau tentang ihsan agar dapat menjadi muhsin atau muslim yang sholeh.

Dengan akhlak yang sesuai dengan Al-Qur'an dan hadits maka kita bisa berkumpul dengan para nabi, shiddiqiin, syuhada


Ya Allah, Tuhan Kami

Kumpulkan kami di dunia dengan orang –orang yang shaleh (sholihin) dan kumpulkan kami di akhirat dengan para nabi, shiddiqiin, syuhada dan sholihin.

02 January, 2012

Seindah Kata Secantik Bahasa

السلام عليكم ورحمة الله وبركات 

  • Menangisi perpisahan akibat gagal bercinta adalah satu pembaziran mutiara jernih kita dan juga menguji sejauh mana kebodohan kita tetapi dengan menangisi dan menyesali akan dosa kita lantas meminta pengampunan dariNya akan lebih menjamin dunia dan akhirat
  • Seseorang yang berperibadi kuat umpama besi waja semakin dibakar oleh keadaan semakin dititik olrh cabaran hidup semakin teguh dan waja untuk menhadapi hidup. Seseorang yang berperibadi lemah laksana tanah apabila diketuk oleh cabaran hidup ia akan berkecai
  • Ajaran seorang ayah dan ibu seperti karangan bunga yang indah bagi kepalamu dan suatu kalungan bagi lehermu
  • Sesungguhnya hati orang yang bodoh itu ada di mulutnya tetapi hati orang yang bijaksana ada di hatinya
  • Setitik air boleh membelah batu bukan kerana derasnya tetapi dengan seringya ia menitik
  • Paip yang kosong menghembuskan angin tetapi jika kepala yang kosong akan menghasilkan kegelapan
  • Semakin jauh kita cuba lari dari menyelesaikan masalah, semakin dekat ianya datang menghampiri kita…
  • Tingkahlaku adalah umpama cermin dalam mana setiap orang mempamerkan imejna
  • Anyamlah buih buih di laut demi membuktikan cinta yang suci tanpa menodai keaslian pantai itu
  • Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu; sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan; segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman
  • Jangan berbangga denga pujian teman kerana sebalik pujian terdapat satu kejian
  • Perkataan yang lemah lembut itu melembutkan hati yang lebih keras dari batu batu dan perkataan yang kasar akan mengasarkan hati yang lebih halus dari sutera
  • Seandainya kita tidak dapat menjadi garam yang dapat menahan daging daripada busuk, janganlah kita menjadi langau yang membusukkan daging
  • Kemuncak segala dosa ialah bohong. Dua perkara yang sentiasa mengiringi bohong ialah banyak berjanji dan banyak memberi alasan
  • Jangan malu memberikan sedikit, kerana pemberian sedemikian lebih baik daripada tidak memberi sama sekali
  • Kegagalan pertama, tidak ianya terus gagal: tetapi ianya kan membangkitkan cita cita yang bersemangat lagi teguh bagi sesiapa yang pernah mengalaminya
  • Orang sibuk sebenarnya tidak cekap, orang yang cekap tidak sibuk
  • Orang yang sibuk selalunya nampak bising, orang bekerja diam diam sahaja
  • Dalam masa yang aman, kita harus juga memikirkan bahaya di masa akan datang
  • Tiada bantal yang lebih lembut melainkan ribaan ibu sendiri
  • Cinta ialah penyakit dan perkahwinan ialah sihat. Sakit dan sihat tidak pernah bertemu
  • Airmata penyesalan yang mengalir umpama sungai yang mengalir mencuci kekotoran hati
  • 1000 mancis tidak menerangi kau di dalam kegelapan buat selama lamanya tetapi cahaya keimanan dapat membawa kau ke jalan kesenangan
  • Adalah lebih baik memiliki wajah yang hodoh dari lidah yang hodoh kerana wajah yang hodoh tidak mungkin boleh menyakiti hati orang lain tetapi lidah yang hodoh boleh mengeluarkan kata kata yang melukakan
  • Wangi di badan boleh dimandikan, apabila mandi hilanglah ia. Tetapi…wangi di mulut dan wangi di hati itulah yang paling mulia
  • Janganlah bersumpah baik demi langit, mahupun demi bumi atau demi apa pun juga. Katakan sahaja ‘ya’ atau ‘tidak’ supaya kita tidak berbuat dosa atau terhukum kerana sumpah itu
  • Belajarlah bersyukur ketika mendapat keuntungan dan belajarlah tersenyum ketika menghadapi kerugian
  • Manusia boleh hidup dengan belanja yang kecil, tetapi yang menggangu perasaanya dia takut dikatakan orang bahawa dia hanya hidup dengan belanja yang kecil
  • Yang penting bagi anda bukannya menarik minat seluruh wanita jelita tetapi menakluk salah seorangnya sahaja
  • Orang yang tahu mengambil tetapi tidak tahu memberi tidak akan mengecap bahagia
  • Keagungan peribadi anda terletak pada kesedian anda untuk memberi bila beruntung, untuk memimpin bila berilmu dan untuk membela bila kuat
  • Cintaku kepada Tuhan kerana aku adalah ciptaan-Nya. Cintaku terhadap seseorang itu adalah kerana perasaan yang dicipta-Nya
  • Hindarilah diri dari menjadi manusia yang suka berpuak puak dan berpecah pecah. Contohilah resam semut bila bertemu seakan bersalam dan suka bekerja sama di antara satu sama lain.
  • Ibarat sekuntum mawar merah dipupuk embun pagi lalu disinari suria indah bak pelangi, begitulah jiwa murni seseorang manusia
  • Terbitnya kebaikan dari keburukan dan terbitnya amalan dari pengetahuan
  • Orang yang suka mengkhianati teman sendiri adalah ibarat binatang yang suka memakan bangkai. Bertambah busuk bangkai bertambah pula seleranya
  • Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan adalah dari hasil sebuah kemesraan
  • Air susu ibu bagaikan aliran sungai di dalam Syurga yang membesarkan kita sehingga mengenal erti kehidupan. Oleh itu agungilah jasa ibu
  • Lebihkan manis dalam senyuman, kurangkan manis dalam minuman
  • Bercintalah dnegan pelajaran, bertunanglah dengan mengulangkaji, berkahwinlah dengan peperiksaan dan berbulan madulah dngan kejayaan
  • Sehaluan tetapi tidak sejalan lebih baik dari sejalan tetapi tidak sehaluan
  • Kemarau yang melanda di hati lebih dahsyat daripada kemarau yang menimpa di musim panas
  • Tiada gunanya 1000 janji janji manis yang dilafazkan sekiranya kau selitkan sekali kata-kata dusta yang kau akhiri dengan kemaafan
  • Kewajipan merupakan satu kuasa yang bangun bersama kita disebelah pagi dan berehat bersama sama kita di sebelah malam. Ia ibarat bayang bayang yang mengikut ke mana sahaja kita pergi
  • Sekeras keras batu dapat dihancurkan oleh titis air yang lembut. Begitu jua sekeras keras hati dapat ditundukkan oleh jirusan kata-kata lembut
  • Insan yang sempurna rohani dan jasmani adalah umpama tahi lalat di tengah- tengah pipi masyarakat
  • Lidah ibarat peti emas tersilap cakap akan buruk padahnya
  • Seandainya hidup ini punca perpisahan… biaralah kematian menyambungnya semula, tapi seandainya kematian punca perpisahan… biarlah hidup memeberi erti yang nyata
  • Hiduplah seperti pohon kayu yang lebat buahnya dibaling dengan batu lalu dibalas dnegan buah
  • Setumpul tumpul belakang parang, kalau di asah pasti tajam oleh itu jangan di sangka sebodoh bodoh manusia tetap akan bodoh tanpa diberi pelajaran
  • Teman yang banyak boleh diibaratkan seperti pasir pasir di pantai tetapi teman yang satu adalah mutiara di antara pasir pasir itu
  • Sesuatu yang dilakukan tanpa paksaan merupakan paksaan merupakan sebuah kemenangan dan sebuah memori indah untuk disingkap kembali
  • Manusia yang memiliki mata kepalsuan yang Cuma melihat pada keindahan dan kecantikan adalah tergolong dalam golongan kaum yang rendah martabatnya yang mana mereka akan dibebani dosa
  • Bukan dikatakan cinta apabila yang menjadi matlamatnya semata-mata adalah untuk memiliki dengan sepenuhnya. Tetapi cinta itu ialah perkongsian di dalam kecenderungan dan kegemaran dan perasaan bahawa diri orang yang anda cintai itu tidak kurang pentingnya dari anda
  • Membiarkan dirimu dibuai perasaan samalah seperti membenarkan diri dibuai oleh syaitan kerana ia suka kepada orang yang berkhayal. Menyedari kesalahan sendiri adalah lebih baik dari baik dariapad menegur kesalahan yang dilakukan oleh orang lain
  • Pandanglah kecantikan hanya suatu keindahan yang bukan untuk diagungkan agung kan. Begitu juga janganlah memandang keburukan suatu kehodohan atau kecelaan. Bersyukurlah atas apa yang dikurniakan kepada kita. Kerana kedua duanya adalah anugerah TUhan
  • Nafsu mengatakan perempuan cantik atas dasar rupanya, Akal mengatakan perempuan cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya, Hati mengatakan perempuan cantik atas dasar akhlaknya
  • Bertolak ansur adalah satu satunya resipi dalam membenihkan keharmonian rumah tangga. Oleh itu, jadikan sifat bertolak ansur itu panduan ke arah kebahagian dalam meniti hidup suami isteri agar dapat mengecapi apa yang dihajati dalam kerukunan perkahwinan
  • Ilmu pengetahuan seumpama perigi di padang pasir dan bintang di malam yang gelap dari itu kejarilah ilmu seberapa daya yang dapat
  • Keikhlasan seumpama seekor semut hitam dia atas batu hitam di malam yang amat kelam, ianya wujud tapi amat sukar dilihat. Jangan tertipu dengan terangnya bulan kerana di sebalik terang itu banyak kegelapannya
  • Kecantikan hati, tutur kata dan budi adalah kecantikan manusia yang paling indah yang paling sukar dihampiri selagi dunia fana ini masih terbit pergolakan untuk menakluki bumi Allah
  • Guru mengajar apa yang baik tapi tidak semestinya guru itu sendiri baik. Penjenayah itu jahat tapi bukan semestinyasetiap detik hatinya penuh dengan kejahatan dan bukan setiap yang alim itu penuh taqwa kerana yang benar benar bertaqwa sahaja yang mengerti baik dan jahat
  • Hargailah diri, diri itu bukan ringgit nilainya
  • Senyum di dalam kesedihan memberi 1000 persoalan untuk ditafirkan…tapi senyum dalam kegembiraan memberi 1000 jawapan kepada persoalan
  • Tiada anak yang tidak sah yang ada ialah orang tua yang tidak sah
  • Biarlah bodoh bila diajar tapi jangan bodoh tanpa pelajaran
  • Jadikanlah diri kamu umpama seketul ubi rebus yang bertutup rapat daripada menjadi sepotong kek berkrim yang dihurungi lalat
  • Mengaku pandai di depan orang yang bodoh sama seperti berpidato di depan orang tuli
  • Rindu adalah suatu derita yang maat bahagia adalah kerana kerinduak itu sebahagian dari nafas cinta tanpa kerinduan dan akan menjadi matang dan berpanjangan
  • Manusia yang paling bahagia di dunia ini adalah orang yang punya cinta sejati ada keyakinan diri, budi dan kesopanan malah yang paling utama ialah orang yang tidak mempunyai hutang
  • Sekiranya kamu mempunyai masalah, carilah dahulu jalan penyelesaian. Sekiranya tidak berjaya barulah kamu menyuarakan kepada orang yang berhak menyelesaikannya
  • Kesunyian adalah suatu keresahan dan keresahan adalah suatu penyeksaan yang tidak berkesudahan
  • Apabila seseorang itu berusaha mencari kebahagian setelah mengalami kegagalan ia perlu beringat, kekecewaan baginya belum berakhir dan kegembiraan pula belum berputik
  • Semalam adalah suatu kenangan hari ini adalah suatu kenyataan manakala esok adalah suatu penantian. Kenangan semalam hemdaklah kita simpan buat pedoman di hari depan dan kenyataan hari ini hendaklah kita tempuhi dengan tabah tetapi kita juga harus bersedia untuk menanti hari esok yang merupakan suatu penyeksaan
  • Berfikirlah sebelum berkata kata, jangan berfikir sesudah berkata kata sebab sebelum perkataan keluar kita punya, apabila sudah keluar orang punya. Dari kata kata kita dapat mendapat banyak kawan kawan dan lawan
  • Sesungguhnya terselit pengertian cinta yang berbunyi. Cinta pada bunga ia akan layu, cinta pada kumbang ia akan mati dan cinta pada Tuhan akan tetap kekal
  • Menerima pasangan hidup secara terburu buru tanpa usul periksa latar belakangnya akan merugikan kerana cendawan yang tumbuh melata jika terus dimakan dikhuatiri beracun
  • Terburu buru Dengan perasaan seriang dianggap tiket menempah kehancuran. Tetapi tenang, yakin dengan semangat dan usaha biasanya berakhir dengan kejayan serta dapat membentuk keperimanusiaan
  • Kemanisan bicara seorang wanita dapat mengegarkan sebuah istana, menyejukkan jiwa yang kehangatan juga menghancurkan dirinya sendiri. Oleh itu tempatkanlah ia di sudut yang damai agar kebahagian bias berpanjangan
  • Racun itu mudah diketahui orang tetapi ramai yang tertipu dengan kata kata kerana ia dibungkus dengan gula gula yang lebih manis dari racun
  • Seseorang manusia itu akan disanjung kiranya dirinya dibekali dengan akhlak yang mulia disulami dengan bunga bunga keimanan dan dihiasi dengan cahaya ketaatan kepada Tuhan
  • Hidup tanpa pengorbanan adalah suatu kepalsuan dan percintaan tanpa pengorbanan tanpa kasih saying adalah suati pengkhianatan. Dari itu abadikanlah kasih sayang dalam mencari erti kebahagian
  • Apalah gunanya ilmu juka tidak di amalkan dan apalah gunanya hidup jika tidak berlandaskan sunnah dan Al Quran
  • Menilai diri sendiri adalah lebih susah dari menilai 1000 orang lain
  • Tiada janji yang lebih tepat kecuali janji matahari yang akan terbit pagi besoknya
  • Kecantikan ibarat pepohon yang merimbun. Akan hilanglah serinya apabila dedaun berguguran
  • Akar ilmu itu memangnya pahit tetapi buahnya adalah lazat
  • Perumpamaan budi pekerti yang jelek seperti tembikar yang telah pecah, tiada bisa diperbaiki dan tidak bisa kembali menjadi tanah liat
  • Melakukan kesilapan itu manusia dan memaafkan kesilapan itu ialah kemanusiaan
  • Hidup ini bagaikan sebuah titisan yang perlu dilalui oleh setiap insan di dunia ini. Oleh itu merentaslah di titian yang teguh yang dibina dari kayu kayu keimanan yang kukuh
  • Manusia yang paling kerap mencipta bahaya dan kesusahan ialah yang mempunyai lidah terlepas dari hati tertutup
  • Hati si siteri aku tertutup dari lelaki lain seandainya ia setia dan jujur pada suaminya. Oleh itu jagalah hati, perasaan dan kemahuannya dengan secukupnya
  • Di sebalik nikmat ada bala di sebalik bala ada nikmat. Oleh itu bila ditimpa bala usaha resah kerana sebaliknya mengandungi suatu nikmat dan jika dilanda nikmat usaha lupa dan leka kerana dari sinilah berpunca bala.
  • Setitik airmata ibu yang tumpah dari perbuatanmu samalah pedihnya seperti sebutir peluru yang menembusi dadamu
  • Seorang ibu sanggup memelihara 10 orang anak, tetapi 10 orang anak belum tertentu dapat memelihara seorang ibu
  • Setiap mata yang tertutup, belum bererti ia tidur setiap mata terbuku, belum bererti ia melihat
  • Kejayaan adalah suatu pejalan bukannya suatu destinasi
  • Hati yang gembira boleh diwajahkan dengan wajah yang gembira tetapi wajah yang gembira tidak semestinya mempunyai hati yang gembira
  • Bulan menerangi malam, ilmu menerangi hidup
  • Jangan kenangi kesedihan lalu sebaliknya ingatlah kegembiraan mendatang. Belajarlah bersungguh sungguh agar kegembiraan yang kita nantikan berhasil
  •  Sesungguhnya dunia itu mengkhayalkan