23 February, 2012

Fenomena Ustaz Don

السلام عليكم ورحمة الله وبركات

Sekarang timbul isu mengenai Fenomena Ustaz Don pula. Saya ada terbaca mengenai Fenomena Ustaz Don ni kat sini. Setelah saya tengok rancangan 30 Minit bersama Ustaz Don kat youtube, saya terus jatuh cinta. jatuh cinta bukan kepada Ustaz Don ye, tapi jatuh cinta kepada rancangan ni. Nak tau kenapa? Sebab apa yang disampaikan adalah jelas, terang, nyata dan paling penting mudah untuk diikuti dan juga difahami. Alhamdulillah. Mana yang ilmu kita rasa belum sempurna, kita boleh topup dengan menonton cerita ni kat TV Al-Hijrah. Tapi kalau kat umah takde astro macam saya ni, jomla kita tengok kat youtube jela k. ;) 


Rancangan ini mula disiarkan di kaca televisyen setiap Isnin hingga Rabu pada pukul 10.30 malam sejak Oktober lalu. Program 30 Minit Ustaz Don ini disasarkan kepada golongan remaja dan anak-anak muda untuk mereka menimba pelbagai ilmu agama melalui rancangan bual bicara dan interaktif. Ia memfokus dua perkara penting untuk golongan iaitu Bicara Fardu Ain dan al-Quran secara santai.


Secara ringkas biodata mengenai siapa penceraman muda ini.

Biodata Ustaz Don

Nama: Don Daniyal Don Biyajid
Tarikh lahir: 14 November 1984
Tempat lahir: Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Tinggi: 171 sentimeter
Berat: 56 kilogram
Pekerjaan: Pensyarah muda & pendakwah bebas bertauliah Pulau Pinang & Selangor)
Status: Bujang
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat dari Maahad Qiraat Shoubra, Mesir 
credit to busuk.org

dan inilah Ustaz Don :)


Hensem bergaya jugak kan?