24 February, 2012

"KISAH PENGISLAMAN ABU QUHAFAH"

السلام عليكم ورحمة الله وبركات



Anas bin Malik r.a menceritakan tentang hari Abu Quhafah, iaitu bapa Saidina Abu Bakar al-Siddiq menganut Islam. Pengislaman beliau agak lewat. Abu Bakar r.a memang begitu mengharapkan bapanya itu menerima Islam.

Menariknya, pada hari Abu Quhafah menghulurkan tangannya kepada Nabi s.a.w untuk menganut Islam, Abu Bakar menangis. Nabi s.a.w bertanya: “Apakah yang membuatkan engkau menangis wahai Abu Bakar?”. Jawabnya: “Seandainya tangan bapa saudaramu (Abu Talib) berada di tempat bapaku sekarang, lalu dia (Abu Talib) menganut Islam sehingga engkau gembira lebih aku suka dari bapaku sendiri menganut Islam”.

Demikian halusnya perasaan Abu Bakar, kegembiraan bapanya menganut Islam itu tenggelam apabila mengenang Nabi s.a.w tidak memperolehi kegembiraan yang sama disebabkan bapa saudara kesayangan baginda (Abu Talib) tidak menganut Islam. Abu Bakar membayangkan alangkah baik jika Abu Talib yang berada di tempat bapanya ketika itu. Itulah cinta. Itulah berkorban apa sahaja. Tiada rasa gembira jika kekasih berduka. Tiada rasa gembira jika kekasih tidak kongsi bersama.

Kehidupan Abu Bakar, tindakan dan pergerakannya adalah manifestasi cinta yang sangat dalam dalam terhadap seorang Rasul. Dia telah memenuhi makna sabda Nabi s.a.w:

“Demi (Tuhan) yang diriku berada dalam tangannya, tidak beriman seseorang kamu sehingga aku lebih dikasihinya dari dirinya, bapanya dan anaknya.” (H.R. Bukhari)

No comments:

Post a Comment